Home » » Ikon Sukan Negara Positif Dadah !!

Ikon Sukan Negara Positif Dadah !!

Written By Unknown on 21/10/2014 | 3:17 pm



Dari PRUTV.14

Kuala Lumpur, 21 Oktober : Sukan negara seolah-olah terkena sumpahan apabila seorang lagi ahli sukan negara yang merupakan seorang ikon yang cukup popular malahan bergelar datuk telah disahkan positif dadah.

Ini merupakan situasi yang amat membimbangkan para peminat sukan negara. Kita akan mula terfikir-fikir siapakah yang bakal menggantikan ikon sukan ini pula. Walaubagaimana pun seluruh negara masih tetap mendoakan agar nasib sukan negara akan berubah dalam masa terdekat. Sekiranya tidak berubah juga maka kita tidak mempunyai pilihan melainkan menukar menterinya.

Sementara itu pula pihak Kementerian Belia dan Sukan dilaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap rawatan yang telah diterima oleh para atlet negara yang gagal ujian doping. Mereka juga telah mendapatkan nasihat pakar bagi memastikan tindakan terbaik dapat diambil bagi menangani isu ini.

Sebelum ini StarSport telah melaporkan seorang atlet negara gagal dalam ujian secara rawak dijalankan dalam kejohanan utama. Sebuah persekutuan antarabangsa memaklumkan kepada persatuan di Kuala Lumpur mengenai atlet yang telah gagal ujian dadah pada 2 Oktober yang lepas.

Kita amat berharap kes ini akan dijadikan pengajaran buat ahli-ahli sukan yang lain. Dadah bukan penyelesaian yang terbaik. Walaubagaimana pun dalam kes ikon sukan negara yang popular ini, kesan dadah itu berkemungkinan dari ubat-ubatan untuk merawat kecederaan beliau.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger