Home » » Hentikan "Saloma Biopic", Fakta Salah

Hentikan "Saloma Biopic", Fakta Salah

Written By Unknown on 09/10/2014 | 6:50 pm

Stesen TV berbayar Astro mengesahkan pihaknya ada menerima notis daripada waris pelakon Allahyarham AR Tompel agar telefilem 'Saloma Biopic' segera dihentikan kerana didakwa kebanyakannya berunsur tohmahan terhadap pelakon tersebut selain banyak kesalahan fakta.

Menurut Naib Presiden Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Saleh, pihaknya sedang membuat previu semula ke atas telefilem tersebut sebaik saja menerima notis berkenaan.

"Kami ada menerima notis daripada waris AR Tompel dan kami sekarang sedang membuat semula previu terhadap telefilem tersebut", katanya ketika ditemui pasa majlis tayangan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya, bertempat di GSC Signature, The Gardens, semalam.

Sementara itu mengulas mengenai dakwaan pihak Astro tidak memberi respon terhadap notis tersebut sehingga memaksa Adlin Aman Ramlie membuat sidang media khas, kata Khairul Anwar,

"Kami bukan tidak respon tetapi kami telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam kami untuk membuat penelitian terhadap isu ini dan ia mengambil sedikit masa. Jadi saya tidak boleh komen lebih lanjut", jelasnya.

Semalam, laporan sebuah akhbar menyebut pelakon Adlin mendakwa telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat milik Melissa Saila itu menjejaskan semua nilai dan tanggapan murni masyarakat terhadap AR Tompel, seolah-olah ayahnya itu menjadi punca Saloma menderita.

Dakwa Adlin lagi, AR Tompel telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasi ayahnya. Malahan telefilem itu dikatakan telah memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel, termasuklah masuklah dirinya sendiri sebagai anaknya.

Bagaimanapun kata Khairul Anwar, Astro tidak akan menghentikan telefilem arahan Melissa Saila itu.

"Tayangan tetap diteruskan kerana permintaan terhadap telefilem tersebut masih tinggi", katanya lagi.

Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). - Malaysia Digest

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger