Home » , » Hasut ; Zahid Hamidi Di Siasat !!

Hasut ; Zahid Hamidi Di Siasat !!

Written By Unknown on 15/10/2014 | 6:20 pm

Zahid Hamidi Hasutan

Dari SuaraTV :

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan polis merekodkan kenyataannya dua hari lepas berhubung ucapan yang didakwa berunsur hasutan oleh DAP.

Kata Menteri Dalam Negeri itu, beliau memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menyerahkan bahan berkaitan ceramah yang dibuatnya di Tumpat, Kelantan pada 22 September.

“Saya beri semuanya kepada polis. Rakaman suara, video dan juga transkrip ucapan saya.

“Saya yakin penuh dengan polis dalam siasatan terhadap saya, menteri yang bertanggungjawab atas mereka,” kata Zahid semasa ditemui di lobi Parlimen.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan perkara itu ketika bercakap di Bukit Aman.

“Siasatan masih berjalan. Kita sudah panggil beliau (Zahid) untuk beri kenyataan,” katanya.

Beliau bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut kes tersebut.

September lalu, DAP Perak membuat laporan polis terhadap pemimpin itu atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan semasa berkempen pada pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Dalam ucapan itu, DAP mendakwa Ahmad Zahid menuding jari kepada ahli parti itu yang bertanggungjawab membaling batu ke arah kereta Raja Muda Perak semasa demonstrasi krisis Perlembagaan Perak di Kuala Kangsar pada 2009.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger