Ahli Baharu DAP Dari Bank Negara Malaysia
Semalam dalam satu program di Kuala Lumpur anjuran DAP, mereka turut membuat kempen menambah keahlian DAP di kalangan anak-anak Melayu. Walaupun bicara mereka banyak kepada menghentam Bajet 2015 yang belum pun dibentangkan oleh Kerajaan, mereka sudah menghentam membabi buta tuli seolah-olah mereka tahu segalanya.
Mereka turut membentang Bajet DAP yang kebanyakannya enak didengar sahaja. Usaha mereka untuk mendahului pembentangan Bajet 2015 oleh Kerajaan nampaknya sia-sia sahaja, kerana seperti biasa Bajet impian mereka itu akan hanya tinggal bicara kosong yang akan ditiup angin sahaja.
Sesi seterusnya ialah pendaftaran ahli baharu DAP. Nampaknya, Bank Negara Malaysia, cawangan Islamic Banking tiada halangan pegawai Melayu Islam mereka menjadi ahli DAP. Walaupun hanya seorang sahaja Melayu Islam yang tersesat ini, namun menjadi fardu kifayah kepada kita untuk menyedarkannya. Sesungguhnya DAP adalah musuh Islam yang sebenar. DAP tidak mahu negara Islam yang menjadi perjuangan parti UMNO dan PAS.
mymassa
Post a Comment