Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abraha yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1,400 tahun lalu.
Kitab suci al-Quran, dalam satu bab menerangkan secara ringkas kisah mengenai tentera bergajah yang diketuai Abraha Al-Ashram, gabenor Yaman ketika itu.
Allah SWT memusnahkan Abraha dan tentera, termasuk 13 gajah dengan menghantar sekumpulan burung ababil untuk menggugurkan batu kecil ke atas mereka.
“Tiada batu yang mengena askar itu tetapi mereka terbakar dan hancur. Abraha melarikan diri ketika badannya terbakar dan hancur sebelum mati dalam perjalanan pulang ke Yaman,” kata ulama dan pentafsir al-Quran terkenal abad ke-14, Ibn Kathir.
Kumpulan penyelidik sejarah itu melakukan perjalanan merentasi gunung dan laluan sukar, mengambil gambar mercu tanda penting, bermula di utara Najran, kemudian ke timur Asir sebelum meneruskan perjalanan ke timur Asir.
Antara tapak sejarah penting di sepanjang perjalanan itu ialah lakaran gambar gajah pada tembok Gunung al-Qahr di tenggara Tathlith, perigi lama di Hafaer di timur Asir dan jalan berturap berhampiran Kara di daerah Aqeeq di wilayah Baha.
Ketua bahagian geologi di Universiti Raja Saud, Mohammed Al-Amry, berkata, dia melihat laluan Abraha dan tenteranya di Tathlith dan Baha.
“Kami melepasi kawasan berbatu dan terdapat tulisan dalam bahasa Humairiya di beberapa tempat di gunung sekitar daerah itu,” katanya.
Menurut sumber sejarah Islam, Abraha penganut Kristian, merancang mendirikan gereja di Sanaa, sama seperti Kaabah di Makkah.
Dia mahu penduduk Arab datang beribadah di Sanaa bukan Makkah dengan berharap dapat melencongkan kegiataan perniagaan bagi faedah Yaman.
Dia mengemukakan idea itu kepada Raja Habsyah ketika itu yang bersetuju dengan rancangan berkenaan.
Abraha membina gereja itu tetapi masyarakat Arab enggan melakukan ibadah di Sanaa.
Ia mencetuskan kemarahannya, mendorongnya membentuk pasukan tentera untuk menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah.
Dia menumpaskan semua tentera Arab ketika mara sehingga dia tiba di Makkah apabila dia dan pasukannya diserang burung Ababil yang dihantar Allah (SWT).
M.I
Post a Comment