Home » » Foto Bomoh Jilat Istimewa Untuk Rawat Pesakit

Foto Bomoh Jilat Istimewa Untuk Rawat Pesakit

Written By Unknown on 02/10/2014 | 9:07 pm


Kaedah baru telah ditemui oleh seorang warga emas, Hava Cebic di sebuah perkampungan Crnjevo, utara Bosnia apabila dia dikatakan mempunyai keistimewaan menyembuhkan penyakit mata dengan hanya men’jilat’ bebola mata pesakit yang datang menemuinya. Pelik tapi benar, itu adalah satu keajaiban dunia yang tidak pernah berlaku sepanjang kehidupan.

Sehingga sekarang,wanita yang berusia 77 tahun itu sudah 40 tahun berkecimpung menolong jiran-jiran dan rakan-rakan yang mempunyai masalah mata. Bagi Hava, itu adalah kelebihan dirinya dan harus digunakan untuk seluruh masyarakat yang memerlukan.

Ketika pihak media menemubual Hava, dia menceritakan bahawa lidahnya mampu menyembuhkan penyakit ketika dia masih kanak-kanak . Hal ini dapat dibuktikan apabila abangnya sendiri mengadu mengenai mata yang selalu letih dan lesu. Apabila dicuba menjilat anak mata abangnya , secara terus abangnya kembali melihat dengan jelas tanpa memakai kaca mata.

Hanya kerana memiliki lidah ‘ajaib’nya itu, Hava telah menyatakan isi hatinya untuk memotong lidahnya apabila dia meninggal dunia nanti untuk memudahkan orang yang mempunyai sakit mata dapat menggunakannya. Sungguh mulia hati Hava Cebic ini.Ada tak rakyat kita yang nak cuba??? Tidak salah rasanya sekiranya kita hendak mencuba, mana tahu tuah akan datang.

utaranews
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger