Home » » Foto 5 Perogol Digantung

Foto 5 Perogol Digantung

Written By Azmy Klanajaya on 09/10/2014 | 12:22 pm

KABUL 9 Okt. - Seramai lima lelaki Afghanistan dijatuhi hukuman gantung semalam di atas kesalahan merogol secara berkumpulan empat orang wanita sekali gus mencetus kritikan kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap perbicaraan serta hukuman yang dijatuhkan.

Serangan ganas itu berlaku di Paghman, luar Kabul menimbulkan kemarahan rakyat dan negara Afghanistan yang menuntut supaya pesalah itu digantung, dan pada minggu lalu pada masa yang sama Presiden Hamid Karzai meluluskan hukuman gantung ke atas pesalah terbabit sebelum keluar meninggalkan pejabat minggu lalu.

"Lima lelaki yang mempunyai kaitan dengan insiden rogol Paghman dan jenayah besar yang lain, telah digantung petang ini," kata Timbalan Pendakwa Raya Negara, Rahmatullah Nazari. - AFP / Utusan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger