Home » » Bida No Plat BMW ; Dari Mana Datang Duit Sanjeevan

Bida No Plat BMW ; Dari Mana Datang Duit Sanjeevan

Written By Unknown on 05/10/2014 | 4:21 pm

Pengerusi NGO antijenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan mempertahankan bidaannya berjumlah RM340,000 untuk mendapatkan dua nombor pendaftaran kenderaan negeri Selangor dengan siri “BMW”.

Sanjeevan yang dikenali dengan kritikannya ke atas pasukan polis mengaku di Twitter bahawa beliau memiliki nombor pendaftaran “BMW8” dan “BMW11”.

Gambar berhubung bidaannya itu tersebar di media sosial. Gambar tersebut menunjukkan senarai pembida untuk pelbagai nombor bagi siri tersebut, yang dibuka untuk tender terbuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dari 14 Ogos hingga 28 Ogos.

Menurut Sanjeevan, tiada pihak yang patut mengkritik beliau kerana membelanjakan wangnya sendiri.

Sebaliknya, kritikan patut disalurkan ke atas “wang awam yang terbuang”.

“Saya banyak mendengar kritikan sejak 48 jam lalu, namu semuanya lupa bahawa setidak-tidaknya saya menyumbang kepada kerajaan dan wang itu akan kembali kepada orang awam,” katanya di Twitter semalam.

Beliau juga mempersoalan dua orang penjawat awam yang berjaya membida nombor siri “BMW1” dan “BMW2” tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran.

“Saya seorang rakyat yang baik kerana saya menyumbangkan pendapatan saya kepada kerajaan, tetapi bagaimana dengan mereka yang mendapatkannya dengan percuma. Itu kehilangan hasil, bukan?,” soalnya.

Gambar yang tersebar itu menunuukkan tiga lagi penjawat awam memenangi bidaan untuk siri “BMW7”, “BMW9” dan “BMW10” tanpa bayaran.

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga dilaporkan membelanjakan RM 97,000 untuk nombor “BMW6”.

Kebanyakan pembida lain terdiri daripada kerabat istana.

-pru14.tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger