28/10/2014

Bantuan Anak Istimewa : Terima Kasih Menteri Besar Terengganu, Respon Yang Begini Rakyat Mahu




Pertama Aakj mohon maaf secara peribadi kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Razif, artikel yang aakj buat tempohari, klik di SINI mungkin agak tergesa-gesa tanpa periksa terlebih dahulu. 

Maklumlah ketika itu timbul rasa kesian dan simpati sangat kat adik Nuqman yang fotonya tertera di atas. Aakj diminta dari kawan yang kenal dengan mak ayah adik Nuqman ini..dia minta aakj siarkan berita agar Menteri Besar Terengganu yang terkenal dengan sifat murah hati tampil membantu.

Yaa terbukti, MB Terengganu yang baru ini seperti yang Aakj jangkakan..beliau dah pun bantu adik Nuqman ini..Aakj terima jawapan :

"BPT - Bantuan Pesakit Terlantar RM300.OO sebulan
Salam tuan.penama telah diluluskan bantuan BPT mulai Mac 2014, penama juga pernah beberapa kali diberikan waran tiket untuk dapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.Telah terima bantuan kita ".


Terima Kasih MB !! 

No comments:

Post a Comment