Home » » #Bajet2015 ; Wajarkah Elaun Ahli Parlimen Di Naikkan?

#Bajet2015 ; Wajarkah Elaun Ahli Parlimen Di Naikkan?

Written By Azmy Klanajaya on 15/10/2014 | 1:48 pm




Gaji perdana menteri Malaysia adalah sebanyak RM22,000 sebulan yang bersamaan dengan gaji presiden Zambia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, gaji itu juga bersamaan dengan pendapatan pengurus besar bagi syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia.

Ahmad memberitahu ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Beliau juga berkata kenaikan elaun ahli Parlimen adalah setimpal dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas mereka dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat.

Menurutnya, anggota Parlimen sebenarnya tidak dibayar gaji sebaliknya hanya diberi elaun RM6,500 sebulan.

"Jumlah ini tidak adil bagi mereka yang perlu menjaga begitu ramairakyat di kawasan (Parlimen) masing-masing," katanya.

Mengambil contoh kawasan Parlimennya di Pontian, Johor, Ahmad menjelaskan terdapat kira-kira 50,000 pengundi perlu diberi perhatian di kawasan itu.

"...katakan 50,000 ini didarab empat (anak dan isteri), jadi keseluruhannya 200,000 rakyat kawasan Pontian perlu saya jaga, tapi ada (ahli Parlimen) yang lebih ramai lagi dari saya.

"Di Sabah dan Sarawak pula, walaupun angka pengundi tidak besar, namun kawasan mereka begitu luas... RM6,500 tak cukup untuk tampung kos-kos terlibat," katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kesemua 222 Anggota Parlimen diberi kenaikan elaun berkuat kuasa 1 Jan depan.

Menurutnya elaun ahli Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.

- Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger