Home » , » #Bajet2015 ; Aksi Anwar Bingung & Bangang Terkejut Bila Najib Sebut "Liwat"

#Bajet2015 ; Aksi Anwar Bingung & Bangang Terkejut Bila Najib Sebut "Liwat"

Written By Unknown on 11/10/2014 | 5:50 pm

Photo: Barua makan pasir !! tengok u all punya bos niehh !! ada dia pikir hal rakyat? tuuuiHH tidur je !

Oleh Ab Jalil Backer

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersendakan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan projek lebuh raya rentas Borneo bernilai RM27 bilion dalam Bajet 2015.

Menurut Ketua Pembangkang tersebut, Najib telah pun mengumumkan projek lebuh raya Pan Borneo yang meliputi 936 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah itu sudahpun diumumkan enam tahun lalu.

“Umum Lebuh Raya Pan Borneo… tepukan (oleh) BN, tapi sudah enam tahun umum yang sama,” katanya dalam reaksi segera di Twitter sejurus selepas pengumuman Najib.

Reaksi beliau yang dipetik oleh Malaysiakini itu jelas menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut tidak meneliti kandungan ucapan bajet setiap tahun. Jika beliau membaca beliau akan faham bahawa peruntukan sebelum ini adalah untuk mengaktifkan semula projek tertangguh ini, bukan menyiapkan keseluruhannya.

Misalnya dalam Bajet 2014, sejumlah RM500 juta yang diperuntukkan bagi meneruskan kerja menaik taraf Jalan Pan-Borneo di antara Sabah dan Sarawak. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata jumlah itu diperuntukkan dengan mengambil kira kemampuan semasa kewangan kerajaan selain kapasiti teknikal sedia ada untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya itu.

Beliau berkata daripada jumlah peruntukan ini, kira-kira RM290 juta akan digunakan untuk membiayai penyambungan program penaiktarafan sedia ada, sementara RM210 juta lagi untuk projek-projek baharu.

Ini bermakna peruntukan tahun lalu hanya untuk sebahagian daripada keseluruhan lebuh raya Pan Borneo melibatkan jarak 2,300km di antara Sematan di Sarawak dan Serundong di Sabah.

Justeru apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM 27 bilion bagi menyiapkan lebuh raya ini, ia menunjukkan komitmen kerajaan meneruskan janji pilihan raya umum 2013 Barisan Nasional. Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Namun akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagiannya.

Hanya pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Jadi fakta mana Anwar Ibrahim dapat bahawa Najib mengumumkan perkara yang sama sejak enam tahun lalu? Mungkinkah Anwar tertidur dalam pembentangan bajet sehingga beliau tidak mengetahui fakta-fakta sebenar?


Aakj : lewat siap..Anwar mungkin terdengar LIWAT..terjaga.. beliau tidur sepanjang PM bentang Bajet 2015..pui !!

** sori PM..aakj saja nak kejutkan #baruabroker dengan tajuk tu hehe
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger