Home » » Bajet 2015 Bertemakan 'Ekonomi Keperluan Rakyat'

Bajet 2015 Bertemakan 'Ekonomi Keperluan Rakyat'

Written By Unknown on 10/10/2014 | 5:46 pm

PM umumkan Bajet 2015 bertemakan 'Ekonomi Keperluan Rakyat'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2015 yang memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat bedepan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup, seiring dengan usaha memajukan ekonomi negara.

Ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan kali ini menitikberatkan keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat.

"Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam mendahulukan kepentingan rakyat. Barulah nanti, apabila kita mencapai status negara maju, nikmat kekayaan dan kemakmuran sebenar negara akan melimpah ke kaki-kaki halaman serta mengetuk pintu-pintu rumah setiap rakyat di negara ini, Insya-Allah," katanya.

Ekonomi yang berorientasikan rakyat itu merujuk kepada kepentingan rakyat bukan sahaja dari segi kos sara hidup dan pendapatan isi rumah tetapi juga merangkumi peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, perumahan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan keselamatan.

Sebanyak RM273.9 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 yang meliputi RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM50.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Dalam Bajet 2015 itu, Najib memecahkan pembentangannya berdasarkan tujuh strategi utama iaitu:

1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantap Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabat Peranan Wanita
6. Membangun Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat


astroawani
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger