Moscow - Satu iklan yang menunjukkan seorang perempuan sedang memegang payudara dengan tangan dikatakan penyebab 500 kemalangan yang berlaku dalam masa sehari.
Iklan yang sama diletakkan pada 30 lori itu bagaimanapun tidak mempamerkan puting payudara tersebut kerana telah ditapis menggunakan garisan biru.
Pengguna jalan raya yang tidak senang dengan iklan itu telah membuat laporan polis bagi membuang iklan tersebut dari jalan-jalan di Moscow.
Seorang penunggang motor, Ildar Yuriev, 35 berkata, "Saya sedang dalam perjalanan ke perjumpaan bisnes dan ternampak satu gambar payudara yang besar tertampal di bahagian tepi lori".
"Kemudian saya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan fokusnya lari apabila ternampak lori tersebut.", tambahnya lagi.
Syarikat pengiklanan yang terbabit dalam isu ini, Sarafan Advertising Agency berkata mereka terjejas kemalangan disebabkan gambar itu akan diberikan wang pampasan sekiranya tidak dibayar oleh insuran mereka. - SiakapKeli
Post a Comment