Home » » Wan Azizah Tidak Layak : Ketua Pemuda Anwar Minta Hadi Tarik Balik Nas Quran?

Wan Azizah Tidak Layak : Ketua Pemuda Anwar Minta Hadi Tarik Balik Nas Quran?

Written By Unknown on 07/09/2014 | 12:39 pm

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi menteri besar Selangor baru.

Menurut ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan itu dilihat tidak mencerminkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi ia daripada presiden parti komponen kepada presiden parti komponen yang lain.

"AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, Presiden PKR Dr Wan Azizah memimpin PKR sejak 1999, dan pernah diangkat sebagai ketua pembangkang pada tahun 2008.

"Beliau mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

AMK turut kesal dengan kenyataan berkenaan dan mahu Hadi agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan yang meletakkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Berdasarkan laporan media semalam, semasa sesi soal jawab dalam dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, Terengganu, Hadi dilaporkan berkata PAS tidak menamakan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baru kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu tidak berkebolehan.

Hadi turut menegaskan Dr Wan Azizah ditolak sebagai calon menteri besar bukan disebabkan beliau seorang wanita, tetapi syarat melantik pemimpin mestilah seorang yang mempunyai kebolehan dan kelayakannya untuk menjadi pemimpin. – Bernama

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger