Home » , » Video Seru Pas Tolak Jawatan MB, Perwakilan Dibayar?

Video Seru Pas Tolak Jawatan MB, Perwakilan Dibayar?

Written By Unknown on 19/09/2014 | 6:02 pm




Apabila kebanyakan perwakilan di Muktamar PAS Pusat 2014 mengusulkan supaya PAS mengambil ketetapan menolak jawatan MB Selangor, maka ia membawa maksud kemungkinan besar salah seorang Adun PAS akan dilantik untuk jawatan tersebut.

Perwakilan Perlis misalnya meminta muktamar agar membuat ketetapan menolak jawatan MB Selangor.

Sebaliknya, perwakilan Negeri Sembilan meskipun bersetuju, mengajukan soalan "Totapi kok lopeh ni Sultan nak yo kek kito, apo nak buek an?". "Sekurang-kurangnya kito telah menjawab dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, seluruh anggota telah bersama dengan Presiden untuk kekal dengan Pakatan Rakyat... Tapi apo yang berlaku adalah kohondak dari Sultan.... Jadi terlopehlah kito," tambahnya dengan sambutan gelak tawa perwakilan.

Perwakilan Dewan Muslimat mengambil pendirian yang neutral, apabila sekadar meminta pendirian kepimpinan terhadap isu berkenaan.

Dalam pada itu, saya memerhatikan sesuatu yang tidak kena dengan pemilihan perwakilan Dewan Permuda yang kelihatan berlawanan dengan moodMuktamar Pemuda tempohari. Jika anda baca SINI, majoriti perwakilan pemuda memihak kepada Presiden dan Majlis Ulamak.

Begitu memeranjat apabila wakil Dewan Pemuda membuat cadangan supaya PAS menolak jawatan MB Selangor. Cadangan tersebut mendapat reaksi protes dari para perwakilan, yang saya yakin datang dari golongan muda dan Ketua Pemuda kawasan yang menjadi perwakilan ke Muktamar PAS Pusat. Beberapa kali ucapannya diganggu hingga memaksa Pengerusi Tetap menasihatkan mereka untuk bertenang.

Malah ketika memberi reaksi terhadap protes tersebut, jurucakap pemuda yang tidak membawa pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat itu berkata, "Kalau nak tolak (cadangan), tolaklah....". Tindak tanduk perwakilan seolah-olah beliau menjadi jurucakap Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang konon pengamal 'politik budiman', yang mungkin menyerahkan segala budinya kepada PKR dan DAP.

Mengambil giliran selepas Dewan Pemuda ialah Dewan Ulamak dan wakilnya telah dengan penuh ketegasan menyeru para perwakilan untuk bersama dengan pendirian Presiden DS Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan apa juga pilihan Sultan. Kenyataan itu juga bagai menyokong saranan perwakilan Terengganu seperti video di bawah;

Mengimbas kembali kenyataan awal Mat Sabu di awal Muktamar semalam, beliau menegaskan PAS mesti menolak jawatan MB kerana ia tidak akan mendapat sokongan PKR dan DAP.

Hakikatnya kenyataan dan alasan adalah petanda awal pertembungan pendirian kumpulan ulamak dengan kumpulan Anwarinas. Perkara ini terbawa-bawa ke sidang muktamar, dengan pandang pro dan kontra.

Ini bagai menggambarkan bahawa pilihan Sultan sebagai MB yang akan mengangkat sumpah Selasa depan ialah Adun PAS. Malangnya, PAS sendiri bertelagah sesama sendiri samada hendak mengikut cakap Tok Guru Hadi atau pun Ketum Anwar.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger