Home » , » Unit Amal Pas Kena Halau, Berlakon Jadi Peronda Keselamatan Pulak....

Unit Amal Pas Kena Halau, Berlakon Jadi Peronda Keselamatan Pulak....

Written By Unknown on 04/09/2014 | 10:13 pm


Kesian Aakj tengok lembu-lembu pakatan haram ni, bila pertubuhan haram di Penang, PPS kena ligan hingga ke balai, mereka pula tiba-tiba jadi rajin nak meronda..selama ni dok jaga parking dan usung tin milo je !! puihHHH !! nak bersandiwara pun agak-agaklaa..lembu ni kalau tak dapat duit sekupang dua mampus takkan turun..ehhh yeke..kalau salah sorila dol !

Tak pernah pula Aakj dengar serajin ini lembu-lembu pakatan haram ni meronda di LRT atau mana-mana kawasan di Selangor ni..

Paling bodoh, siap Exco negeri turun sekali..kenapa tak buat je seluruh Malaysia..?? Selama ni dok lawan polis di Dataran Merdeka..sekarang nak tunjuk kat sapa? Meronda atas nama politik..baik balik rumah, jaga kawasan perumahan masing-masing..join Rukun Tetangga..berkawallah siang dan malam dah nak sangat.

Takpun balik jenguk anak bini..tengok anak tu belajar camana..tuuuiHHH bangkai !


Polis bertindak menyuraikan sekumpulan lebih 20 orang anggota Unit Amal PAS di kawasan sekitar Stesen LRT Pandan Indah pada malam tadi yang merancang untuk menjalankan rondaan keselamatan.

Laporan Berita Harian menyebut, polis menghalang usaha tersebut kerana Unit Amal PAS tiada kuasa untuk membuat operasi terbabit.

Laporan itu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad yang mengeluarkan arahan terbabit di lokasi tersebut.

“Selepas mengadakan perbincangan, kita nasihatkan kumpulan itu beredar dengan cara baik dan mereka mengikut arahan polis untuk beredar dalam tempoh 15 minit.

Kumpulan Unit Amal PAS yang menyertai operasi berkenaan diketuai pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.

Mengulas mengenai kejadian itu, Iskandar dalam kenyataannya hari ini berkata Unit Amal PAS Selangor akur dengan arahan tersebut, namun akan terus memantau tahap keselamatan di kawasan terlibat.

"Pihak kami melalui anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan penduduk tempatan akan terus memantau Stesyen LRT Pandan Indah pada waktu malam bagi memastikan terdapat rondaan keselamatan yang secukupnya oleh pihak polis.

Beliau juga akan mengatur satu pertemuan dengan pihak polis untuk membincangkan "masalah keselamatan" yang berbangkit.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger