Home » » Terkini : Perwakilan Muktamar Sebulat Suara Sokong Calon Pas MB Selangor !!

Terkini : Perwakilan Muktamar Sebulat Suara Sokong Calon Pas MB Selangor !!

Written By Azmy Klanajaya on 20/09/2014 | 11:56 am



Majoriti perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-66 mahu PAS menerima lantikan sebagai Menteri Besar jika dipilih Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila diaju soalan berkenaan.

Mereka menjawab ‘tidak’ apabila perwakilan Pemuda PAS, Sany Hamzan cuba mendapat persetujuan dengan bertanya sama ada bersetuju PAS menolak jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Adakah kita setuju jika ADUN PAS Selangor tolak jika Sultan Selangor lantik sebagai Menteri Besar baru?”

‘Tidak,” sahut kebanyakan perwakilan.

Sany mengulangi soalan sama tiga, empat kali tanpa menghiraukan jawapan ‘tidak’ tetapi tetap menerima jawapan sama.

Akhirnya beliau terpaksa memberi penjelasan mengenai keperluan menolak pilihan itu atas alasan kerusi berkenaan sudah dipersetujui diperuntuk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, sebahagian besar perwakilan terus mempertikai alasan Sany hingga Pengerusi Tetap terpaksa menenangkan mereka.

Saranan Sani dilihat bertentangan dengan pendirian sebilangan besar perwakilan yang mengambil pendekatan lebih terbuka apabila menggesa Pakatan Rakyat menerima sebarang keputusan yang akan dibuat Sultan Selangor.

Walaupun mengakui kerusi menteri besar Selangor dipersetujui menjadi milik PKR, namun rata-rata perwakilan mahu PAS supaya tidak mengingkari titah istana.

-hambaliabdullah
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger