Home » » Terkini : Laluan Khas Pejalan Kaki Yang Tegar Guna Handphone Sudah Dibina

Terkini : Laluan Khas Pejalan Kaki Yang Tegar Guna Handphone Sudah Dibina

Written By Unknown on 15/09/2014 | 11:39 am

CHINA ─ Di sebuah bandar di China, Chongqing telah dibina satu jalan khusus untuk mereka yang pengguna tegar smartphone.

Laluan sepanjang 100 kaki telah dibina oleh pihak berkuasa bagi mereka yang tidak boleh berpisah dengan smartphone. Laluan itu dibina khas dengan perkataan telefon bimbit ditulis di atasnya.

Ia merupakan langkah yang diambil oleh negara China bagi mengatasi masalah penduduknya yang ketagihan dengan telefon masing-masing.

Idea itu ditiru daripada projek yang dilaksanakan dalam program National Geographic awal tahun ini.

Bagaimanapun pihak berkuasa di China memaklumkan, langkah itu secara diam-diam dapat mengingatkan pejalan kaki bahawa jangan bermain-main dengan telefon bimbit ketika berjalan. ─ Gizmodo

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger