Home » , » Terkini : Anwar Diberi Amaran Keras Dari Istana Selangor

Terkini : Anwar Diberi Amaran Keras Dari Istana Selangor

Written By Unknown on 18/09/2014 | 2:51 pm

Dari MyKmu "Jangan Jejaskan Imej Sultan":

Istana Selangor mengingatkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani merujuk kepada kenyataan Anwar bahawa tindakan mengemukakan hanya satu nama calon menteri besar adalah satu amalan lazim yang sejak kemerdekaan.

Dalam kenyataannya, Mohamad Munir menjelaskan bahawa pemimpin parti Pakatan Rakyat diminta mengemukakan empat nama calon MB selepas pilihan raya umum 2013.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat tetap mengesyorkan hanya satu nama – Tan Sri Khalid Ibrahim – untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

“Di samping itu, baginda juga ada menerima penamaan calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor.

“Oleh yang demikian, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor,” kata Mohamad Munir.




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger