Home » » Surau Di Hempap Pokok Durian, Imam Meninggal Dunia

Surau Di Hempap Pokok Durian, Imam Meninggal Dunia

Written By Unknown on 01/09/2014 | 1:33 am




Seorang imam menemui ajal selepas dihempap sebatang pokok durian yang tumbang dan menimpa bangunan surau tempat mangsa berada dalam kejadian di Kampung Sungai Siput, Ajil, dekat sini, kira-kira jam 5 petang semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa Husin Ali, 45, yang juga tenaga pengajar di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMT) berada di beranda surau bersama beberapa jemaah menunggu ribut reda sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebatang pokok durian terletak berdekatan tumbang lalu menghempap surau dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan difahamkan di bahagian kepala, manakala beberapa makmum hanya cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut yang dilaporkan isteri mangsa, Asmuni Awang, 44, di Balai Polis Ajil jam 6.20 petang hari kejadian.

Berdasarkan laporan itu, isteri mangsa menerima maklumat daripada jirannya kira-kira jam 5.15 petang dan bergegas ke lokasi kejadian kerana tahu arwah suaminya berada di surau itu.

"Apabila tiba, dia mendapati teman hidupnya itu meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan di bahagian kepala ditimpa pokok durian," katanya.


sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger