Home » » Seminar ‘Kristianisasi’ UiTM Menghasut?

Seminar ‘Kristianisasi’ UiTM Menghasut?

Written By Unknown on 11/09/2014 | 10:59 am

Aakj: Bila lembu pakatan cuba kelirukan perlembagaan Malaysia tentang klausa Islam Agama Rasmi Persekutuan.."ugama lain boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan".

Lembu yang kat bawah tak faham antara seminar pemahaman tentang Islam agama hak dan penerangan tentang dakyah agama lain dan natijahnya berakhir dengan murtad.

Memcegah murtad bukannya menghasut..menegakkan yang hak pun bukannya menghasut..baca apa kata lembu:

Ketika ramai yang dikenakan tuduhan hasutan, soalan timbul mengapa Putrajaya tidak mengambil tindakan terhadap seminar yang sangat kontroversi menentang agama Kristian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mei lalu.

Perzeus James dan Uthaya Sankar SB, kedua-duanya penulis, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Sri Muda, Shah Alam dua hari selepas seminar yang diadakan pada 6 Mei itu dan dua kali dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Sehingga hari ini, polis tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang siasatan mereka terhadap kes itu.

"Memandangkan polis dan kerajaan rancak mendakwa orang di sana sini mengikut Akta Hasutan baru-baru ini, kami tertanya-tanya apa yang berlaku kepada laporan kami terhadap penganjur seminar itu, yang jelas menghasut ke arah membenci agama Kristian," kata Uthaya kepada The Malaysian Insider.

Susulan itu, katanya, mereka mengarahkan peguam Annou Xavier menulis kepada ketua polis daerah (OCPD) Shah Alam meminta perkembangan terkini kes itu.

Beberapa minggu kebelakangan ini, pemimpin pembangkang dan beberapa individu disiasat atau didakwa mengikut akta tersebut, mengundang kritik menuduh Datuk Seri Najib Razak hendak berpatah ke belakang dan tidak mahu meneruskan janji yang dibuat pada Julai 2012 untuk memansuhkan undang-undang itu sebagai sebahagian agenda pembaharuannya.

Dalam surat ditujukan kepada OCPD Superintendent Azisman Alias dan Inspektor Rohaini Baharom, Uthaya dan Perzeus juga mahu tahu sama ada aduan mereka sedang disiasat mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan.

Mereka hadir di balai polis pada 16 Mei dan 7 Jun untuk disoal. Mereka ditanya apa yang mereka tidak puas hati tentang seminar UiTM itu.

Pada seminar itu, beberapa penceramah memberi amaran kepada orang Islam mengenai "ancaman Kristianisasi."

Seorang daripada mereka juga dilaporkan berkata kalimah 'Allah' sepatutnya hanya digunakan orang Islam kerana ia berasal daripada Al-Quran dan tidak pernah disebut di dalam Bible.

Selain laporan dibuat Uthaya dan Perzeus, beberapa individu di Sarawak juga mengambil tindakan sama kerana merasakan seminar itu berupa satu sesi "Christian-bashing" (hentaman Kristian) dan mempertikaikan kenapa universiti awam tersebut membenarkan seminar sebegitu.

Mereka juga memaklumkan yang tiada pakar agama Kristian dijemput ke seminar itu bagi mempertahankan agama mereka.

UiTM berkata seminar itu dianjurkan bagi "mempertingkatkan kefahaman" orang Islam mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Penceramah juga mendakwa terdapat paderi Kristian yang 'menyamar,' dihantar ke Malaysia dalam pelbagai bentuk untuk menyebarkan ajaran mereka dan menukar agama umat Islam, melalui aktiviti seperti sukan dan lain-lain.

Salinan buku yang diterbitkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkenaan ancaman Kristianisasi dan 'evangelism' (penginjilan) di kalangan umat Islam di Malaysia juga diedarkan kepada mereka yang hadir ketika itu.

Buku yang bertajuk 'Pendedahan Agenda Kristian' memberi amaran kepada orang Islam agar berhati-hati terhadap "tipu helah" orang Kristian yang hendak memesongkan iman mereka.

Buku itu juga mendakwa sebab utama terjadi murtad di kalangan orang Islam ialah Kristianisasi.

Sebuah buku lagi, bertajuk 'Obligation to preserve the sanctity of the name Allah' menjelaskan kenapa orang bukan Islam, khususnya Kristian, tidak boleh dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Seminar itu anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Warisan Ibnu Aaby dan Mais dengan disokong Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf, TV Al-Hijrah, Zikay Group of Companies dan Pantai Bharu Group of Companies.

Pada seminar itu, seorang daripada penceramahnya, dilaporkan sebagai bekas penganut agama Kristian Katolik Indonesia, Insan LS Mokoginta.

Berucap kepada sekitar 1,000 pelajar yang hadir, dia mengaku sebagai bekas paderi yang menganut Islam pada 1976.

Bagaimanapun, kenyataannya itu disahkan palsu Persidangan Biskop Indonesia.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger