Home » » Sebar Segera : Foto Suspek Amerika Latin Godam Mesin ATM

Sebar Segera : Foto Suspek Amerika Latin Godam Mesin ATM

Written By Unknown on 30/09/2014 | 1:58 pm





Kuala Lumpur – Wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian dikenal pasti.

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:

1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siaga sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini. – Sarawakiana
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger