Home » » Sarawak : EBOLA, Pesakit Stabil

Sarawak : EBOLA, Pesakit Stabil

Written By Unknown on 15/09/2014 | 8:04 pm


KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PENERANGAN BERKAITAN KES DILAPORKAN SEBAGAI DISYAKI PENYAKIT VIRUS EBOLA DI HOSPITAL UMUM KUCHING, SARAWAK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan akhbar Malay Mail bertarikh 15 September 2014 yang melaporkan mengenai satu (1) kes yang disyaki dijangkiti penyakit virus Ebola (Ebola virus disease; EVD) melibatkan seorang lelaki warga Zimbabwe berusia 24 tahun, yang juga merupakan seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri Sarawak. 

Kes mengalami demam, sakit tekak dan batuk bermula pada 13 September 2014 dan dirawat sebagai jangkitan saluran pernafasan di Hospital Umum Kuching, Sarawak (HUS). 

Buat masa ini beliau berada dalam keadaan stabil. 

Untuk makluman juga buat masa ini Zimbabwe tidak disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang dijangkiti EVD. 

Kes berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dan tiada sejarah mempunyai kontak dengan pesakit EVD dalam tempoh 21 hari sebelum beliau mula menunjukkan gejala. Sehubungan itu, setelah siasatan dijalankan buat masa ini kes ini tidak disyaki sebagai menghidap EVD.

KKM bekerjasama rapat dengan semua Kementerian dan Agensi yang berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kesiapsiagaan menghadapi penularan penyakit EVD ke dalam negara. 

Melalui pemantauan berterusan yang dijalankan, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga kini tiada kes yang disahkan menghidap EVD di Malaysia. KKM melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan terus memantau situasi kejadian ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
15 September 2014


foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger