Home » , , » "Polis Berniaga Air Kencing Dalam Lokap..." - Mahfuz Omar

"Polis Berniaga Air Kencing Dalam Lokap..." - Mahfuz Omar

Written By Unknown on 02/09/2014 | 5:20 pm

PAS: Zahid Hamidi ‘tunjuk hero’ elak disingkir dari Kabinet

Aakj ; Apakah pemimpin puok kera ni bebas buat kenyataan apa saja walaupun dilihat cuba menjatuhkan integriti Polis?

Apakah ini kenyataan yang tidak menghina atau merupakan satu tuduhan..dana ianya amat serius !!

PAS hari ini menyifatkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba mengaitkan Unit Amal dengan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) usaha menyelamatkan masa depan menteri dalam negeri‎ dalam Umno.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Zahid kini tidak disenangi parti komponen Barisan Nasional (BN) maka cuba menjadikan Unit Amal sebagai batu loncatan bagi mengharumkan namanya dalam Umno.

"Sebab itu dia masih hendak mencari populariti dalam meyakinkan perdana menteri supaya selepas ini rombakan Kabinet tidak membabitkannya keluar dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Ini satu kemungkinan. Memang komponen BN membantah kalau Zahid diangkat jadi timbalan perdana menteri kerana sikap rasis yang ditunjukkannya dari banyak kenyataan yang sangat tidak menggembirakan BN.

"Sebab itu dia cari populariti dalam Umno. Beliau tunjuk hero, boleh lawan gangster. Hari ini beliau tunjuk Umno beliau berani berdepan dengan Unit Amal PAS. Hakikatnya beliau sedang berdepan ketidaktentuan masa depan politiknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Zahid berkata Unit Amal PAS juga akan berdepan tindakan sebagaimana nasib yang diterima PPS kerana unit itu tidak didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Katanya, polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap pasukan sukarela parti Islam itu.

"Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," katanya.

Mahfuz berkata apa yang diucapkan Zahid selama ini tidak disenangi pegawai bawahannya dan lebih untuk meraih populariti dalam Umno.

Katanya, walaupun terdapat sebilangan ahli PPS yang dikaitkan dengan kegiatan jenayah, namun mereka perlu diberikan peluang untuk memperbaiki diri mereka.

“Saya kasihan dengan kawan saya ni. 10 kenyataan yang dibuat, 13 tidak betul. Saya difahamkan banyak kenyataan yang dibuat, pegawai akan merungut. Banyak benda yang dia lakukan melalui kenyataan yang dia harapkan populariti dalam Umno untuk menaikkan imejnya.

“Umpama dia sebutkan PPS ada 11 rekod jenayah, apa yang polis lembab tidak ambil tindakan? Lembab polis, lembablah menteri.

“Kalau dia ada rekod jenayah yang belum diambil tindakan, ambil tindakan. Kalau sebelum ini dia didapati bersalah, takkanlah orang itu tidak boleh perbetul dirinya,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan Zahid anggota polis juga tidak terlepas dari terpalit dengan kes jenayah.

Katanya, kerajaan perlu berterima kasih kepada Unit Amal dan PPS kerana sering membantu pihak berkuasa dalam memudahkan urusan berkaitan masyarakat.

“Dalam polis, tembak orang pun ada, yang terlibat dengan dadah pun banyak. Saya pernah duduk lokap, saya tahulah.

“Polis berniaga air kencing dalam lokap untuk tukar air kencing yang ada dadah dengan air kencing dari pihak polis.


“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang berterusan membantu pihak polis. Bukan kita hendak ambil alih fungsi pihak polis.

Mahfuz berkata Zahid juga harus tidak terlepas pandang bahawa dalam sayap Pemuda dan Puteri Umno mempunyai kumpulan yang berfungsi sebagaimana Unit Amal.

“Zahid pun lupa dalam Pemuda Umno ada Briged Kesatria. Dalam Puteri, ada Briged Puteri.

“Adakah selepas ini dia hendak keluar kenyataan selepas Unit Amal, mereka pula akan diambil tindakan?” soalnya kepada Zahid.




sumber malaysianinsider


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger