13/09/2014

Pengikut "Imam Mahadi" Dipenjara 25 Tahun

Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara sehingga 25 tahun ke atas lima lelaki tempatan selepas mereka didapati bersalah menjadi pengikut seorang warga Kuwait yang mendakwa dirinya Imam Mahdi.

Pendakwa raya memberitahu mahkamah, kelima-lima lelaki itu melawat lelaki berkenaan di Kuwait dan berikrar untuk menyebarkan ajarannya di Arab Saudi.

Mahkamah juga memutuskan defendan tidak boleh dibebaskan selepas menjalani hukuman itu sekiranya mereka tidak bertaubat. - Agensi/Utusan

No comments:

Post a Comment