Pengundi di Pengkalan Kubor diberitahu bahawa isu Menteri Besar Selangor boleh diibaratkan seperti kejadian kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, kemelut Pakatan Rakyat di Selangor adalah ujian biasa untuk PAS, PKR dan DAP yang masih baharu dalam mentadbir negeri, justeru rakyat tidak perlu bimbang.
"Jangan bimbang perkembangan di Selangor, ini perkara biasa.
"Macam budak-budak ambil UPSR, baharu nak matang, nak masuk sekolah menengah...samalah dengan Pakatan Rakyat yang baharu nak masuk lima tahun, cuma kita tak ada kertas bocor macam UPSR," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di sini, malam Jumaat.
Hadir sama Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad serta pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat negeri.
Dalam ucapannya, beliau turut memberitahu pengundi bahawa pengalaman dan ilmu pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat akan mampu menyelesaikan krisis tersebut dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment