Home » » Pemandu Peribadi Li Ka Sing Miliki 20 Juta Dalam Akaun !!

Pemandu Peribadi Li Ka Sing Miliki 20 Juta Dalam Akaun !!

Written By Unknown on 27/09/2014 | 1:02 pm






Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Itulah perumpamaan yang akan admin keluarkan kalau ada orang offer 2 juta kepada admin. Jangan terkejut di dunia ni ada juga orang yang taknak 2 juta. Tapi jangan salahkan dia, kerana dia punya sebab musabab yang sangat kukuh dan pasti anda tidak menjangkanya!!

Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya. LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja .

Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau.

Lama kelamaan, selepas bermula secara kecil-kecilan bermain saham melalui curi-curi dengar arahan LKS kepada pengurusnya, pemandu tersebut berjaya mengumpul dana lebih 20 juta.


AANS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger