Home » , » PDRM Bukan Askar Peribadi Ketua Polis - Zuraida Lampir

PDRM Bukan Askar Peribadi Ketua Polis - Zuraida Lampir

Written By Azmy Klanajaya on 02/09/2014 | 11:49 pm

PDRM bukan askar peribadi, kata PKR kepada KPN

Aakj : Anjing-anjing pakatan haram ni mudah je kan..lepas hina dan kutuk orang lain..minta maaf..masa menulis tak ingat maruah orang..tuuuiHHH !!

SOKONG Ketua Polis Negara..basmikan anjing-anjing pakatan haram yang hidup hanya tau menyusahkan orang lain !!

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tidak menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai askar peribadinya "menyerang" pembangkang dan pihak yang menentangnya.

Merujuk kepada kes tahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, ahli Parlimen Ampang itu berkata, tindakan mengugut untuk menyerbu rumah jika mereka enggan menyerah diri merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan tidak masuk akal.

Begitu juga dengan kes pengguna akaun Twitter, Victor Wong dan Nasrul yang disiasat Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) walaupun permohonan maaf secara terbuka dibuat terhadap Khalid.

"Kawalan ketat dengan menindas pihak yang menentang kerajaan pusat mengulangi sejarah Operasi Lalang.

"KPN perlu diingatkan PDRM bukan askar peribadi sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan Khalid melampau apabila menganggap PPS sebagai haram, sedangkan mana-mana pertubuhan yang haram perlu mendapat pengisytiharan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu seperti Hindraf.

Katanya, Khalid perlu membuktikan sama ada PPS cuba mendaftar dengan RoS tetapi permohonannya ditolak.

"KPN perlu sedar beliau adalah penjawat awam dan perlu mengutamakan kepentingan awam. Kuasa polis tidak boleh digunakan untuk menekan orang awam," katanya.

Katanya, tidak ada sebab melabelkan PPS haram apabila sukarelawan itu sering membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum membuat rondaan kawasan.

Beliau berkata, PPS tidak ditubuhkan kerajaan negeri jika PDRM bertindak cekap membanteras jenayah dalam komuniti mereka.

"Disebabkan semangat komuniti dan prihatin yang ditunjukkan anggota PPS, kadar jenayah di Pulau Pinang menurun," katanya.

Seramai 154 anggota PPS ditahan pagi Ahad selepas menyertai perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang kerana ingkar dengan arahan polis selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan RoS.

Tindakan itu menimbulkan reaksi negatif orang ramai termasuk pengguna sosial Twitter yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Khalid.

Khalid kemudian mengarahkan PCIRC di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menyiasat pihak yang membuat kenyataan biadap tersebut.

"PCIRC @PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yg menggelar IGP 'Anjing BN'" katanya dalam jawapan balas pengguna Twitter Nasrul Omar (@ennasrul).

Khalid yang menggunakan akaun Twitter @KBAB51 juga memetik satu lagi tweet yang dianggap menyakitkan hati di mana beliau dibandingkan dengan komander Nazi, Henrich Himmler.

Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) menulis: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia." (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia).

Khalid menjawab tweet tersebut dengan menulis: "PCIRC @PDRMsia, juga dikesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."

Viktor Wong kemudian menulis: "Hello both @PDRMsia @KBAB51, I am retracting the suggestion on the bastardization and apologize to you and all your members of the force" (saya menarik balik cadangan mengenai 'bastardization' dan meminta maaf kepada anda dan semua anggota pasukan anda).

Namun, Khalid bertegas untuk meneruskan siasatan terhadap kedua-dua mereka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan 1948.

"Tiada maaf baginya. Tindakan akan diteruskan," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger