Home » » Pas Sengaja Tidak Calonkan Wan Azizah?

Pas Sengaja Tidak Calonkan Wan Azizah?

Written By Azmy Klanajaya on 05/09/2014 | 2:07 am

Beberapa sumber termasuk portal Malaysiakini petang ini melaporkan bahawa PAS tidak menamakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor daripada PKR yang dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Sumber PKR menyatakan mereka percaya surat Pas kepada Sultan Selangor tidak menamakan presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali. Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini.

Petang tadi The Star dan Mykmu melaporkan Pas mencalonkan tiga exconya sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan.

Sementara itu, Biro politik PKR hari ini dikhabarkan mengambil masa hampir empat jam untuk membincangkan isu itu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution ketika ditanya pemberita berhubung kemungkinan nama Azizah dan Azmin tidak dikemukakan kepada istana oleh PAS, menyatakan ia memerlukan perbincangan semula jika benar.

“Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board,” kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menyatakan parti tersebut menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Mykmu

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger