ni rasuah ke apa?
Kata worang la...sudah kalah kalu jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri.
Kenapa PAS kalah pada BN dengan majoriti yang lebih besar sedangkan mereka menurunkan begitu besar bala tentera dan jentera kerajaan Negeri semasa PRK Pengkalan Kubor itu.
Semasa post mortem dibuat oleh PAS berkaitan kekalahan mereka di PRK ini, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa bantuan kerajaan terhadap rakyat miskin di Pengkalan Kubor menjadi punca utama PAS kalah!
Aik...? Memberi bantuan pada manusia, mengeluarkan mereka dari kemiskinan, kepapaan dan kejahilan itu satu perbuatan salah ke?
Memang betul tekaan ramai bahawa PAS adalah sebuah parti khawarij yang suka melihat rakyat hidup susah, dibelenggu kemiskinan dan kejahilan.
Senang nanti mereka diperbodohkan terus-menerus dengan dakyah dan fitnah.
Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda bahawa kefakiran itu akan memudahkan seseorang itu terjerumus kepada kekufuran?
Dulu bila kerajaan BN memberi BR1M, Nik Ajiz memperlecehkan bantuan itu seperti memberi makan kepada haiwan ternakan. Namun selama 23 tahun diperintah regim Nik Ajiz dan PAS adakah rakyat Kelantan mendapat nikmat hidup senang?
Berapa ramai yang terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di luar Kelantan hingga ke Singapura.
Mereka di luar ini hidup senang lenang. Mereka diperantauan tidak menghiraukan kesusahan mak ayah dan saudara mara mereka di Kelantan.
Tak da air...
Tak da peluang pekerjaan...
Tapi banyak penyakit denggi dan jenayah...
Yang tak kurang adalah ceramah-ceramah retorik dan binaan batu-batu asas semata, projek tak da langsung. Rakyat yang tak da kerja kekal susah...tapi adakah PAS kisah?
Tuan Ibrahim juga merumuskan pengundi luar tak balik Kelantan punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.
Tapi adakah mereka diperantauan kisah kesusahan mak ayah mereka di negeri ini?
Mereka inilah yang sentiasa menzalimi penduduk Kelantan jika balik mengundi tetap nak pangkah PAS.
Merekalah yang meninggalkan bala kepada penduduk Kelantan. Sedangkan mereka hidup bersenang lenang di luar sana.
PAS Kelantan hanya tahu setiap kali mereka adakan ceramah, maka itulah peluang mereka mengutip wang rakyat seberapa banyak yang boleh. Tapi duit itu entah ke mana...sedar-sedar pemimpin yang bertambah buncit.
Islam tak ajar pemimpin menyeksa rakyat.
Sebab itulah bila PAS kalah teruk dalam PRK ini, ramai dikalangan rakyat Kelantan dan penyokong PAS sendiri yang kata padan muka.
Mungkin ini caranya nak ajar pemimpin PAS Kelantan supaya jangan bongkak dan takbur dengan kuasa dan kehebatan berkepiah dan berjubah litup ke hulu ke hilir.
Mungkin ini juga kifarah yang diturunkan oleh Allah di atas kelancangan mulut seorang manusia tua kutuk yang sentiasa mendoakan laknat kepada manusia lain, kini doa laknatnya memakan diri sendiri.
Ke hulu ke hilir jalan pun dah tak larat, terpaksa dipapah dan dikendong hingga kencing menceceh namun masih lagi belum insaf.
Mungkin sengaja Allah simpan manusia terkutuk ini untuk memperbanyakkan lagi kerosakkan kepada jemaah songsang ini.
Apa pun kita ucapkan terima kasih kepada orang tua itu kerana tanpa doanya tak mungkin BN dapat majoriti lebih besar dan bergaya dalam PRK ini.
Kepada pengikut dan penganut PAS, tinggalkan perjuangan songsang kamu itu, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar berjuang bersama UMNO-Barisan Nasional demi kemuliaan agama, bangsa dan negara kita.
Tahniah kepada jentera BN dan sahabat-sahabat BN yang bersama-sama berjuang hingga kita menang di Pengkalan Kubor ini.
Teruskan perjuangan... jangan mabuk dengan kemenangan. Tugas kita masih banyak dan panjang.
mymassa
Post a Comment