Home » , » Pas, Dap & Pkr Sudah Hantar Nama Calon MB Kepada Istana - Khalid

Pas, Dap & Pkr Sudah Hantar Nama Calon MB Kepada Istana - Khalid

Written By Unknown on 03/09/2014 | 4:35 pm




Shah Alam – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak bersabar sementara menunggu istana memberikan maklum balas cadangan calon menteri besar baharu yang diserahkan PAS, PKR, dan DAP.

Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti selesai menghantar nama calon kepada Sultan Selangor seperti yang ditetapkan istana iaitu selewat-lewatnya hari ini.

“Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan istana akan memberi maklum balas.

“Sehingga proses selesai pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Harap semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Menurutnya lagi Istana Selangor akan beri maklum balas mengenai senarai calon MB yang baharu itu secepat mungkin manakala pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa sehingga proses pemilihan MB baharu selesai.


Kenyataan MB Selangor

suara.tv
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger