Home » , , » Pas Akan Kalah Di Pengkalan Kubor : Video PAS Sedang Hadapi Krisis Dalaman- Nik Abduh

Pas Akan Kalah Di Pengkalan Kubor : Video PAS Sedang Hadapi Krisis Dalaman- Nik Abduh

Written By Unknown on 16/09/2014 | 10:23 am





Tumpat -Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui bahawa parti itu sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang mengakibatkan mewujudnya perbalahan antara kumpulan yang dilihat pro-ulama dengan puak yang dilabel sebagai Anwarinas.

Ahli parlimen Pasir Mas itu ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu petang semalam yang dilihat seperti mengkritik kepimpinan ulama berkata pimpinan tertinggi parti sedang cuba menanggani masalah tersebut.

“Ya jelas, PAS sekarang (berada) dalam krisis, cuma sekarang ini kita (sedang cuba) hendak tanggani krisis itu dengan baik” katanya ketika ditemui SuaraTV sejurus selepas mengadakan ceramah pilihanraya di Bilik Gerakan Pemuda PAS, Kampung Ketil lewat malam tadi.

Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu dalam satu kenyataan petang semalam menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.

“Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik,” katanya sebelum ini.

Nik Abduh yang merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini turut dilihat secara terbuka mengkritik beberapa orang pimpinan parti itu yang disifatkan sebagai pengkhianat kerana mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan tindakan Presiden.

Malah beliau sebelum ini turut melabelkan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR sebagai pengkhianat.

Menurut beliau lagi, pergolakan dalaman itu berpunca daripada kisah pengkhianatan dua ADUN tersebut yang akhirnya menjerumus PAS kepada kerosakan dan kestabilan dalaman parti.




suara.TV
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger