Home » » Pahang : Mak Ayah Terkejut Bila Anak Gadis 16 Tahun Lahirkan Bayi Di Tandas

Pahang : Mak Ayah Terkejut Bila Anak Gadis 16 Tahun Lahirkan Bayi Di Tandas

Written By Azmy Klanajaya on 19/09/2014 | 10:49 pm

BERA – Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi tadi.

Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi.

Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger