Selepas Ustaz Zain, Minda Pondok mengulas tongkat pemberian sami milik Nik Aziz sebagai satu perbuatan syirik, kini Tok Guru Abdullah Saamah, pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan pula membuat ulasan tentang tongkat tersebut.
Tok Guru Abdullah Saamah telah melihat sendiri video pada 12 September 2014, di mana Nik Aziz telah buat satu pendedahan kontroversi bersama sami-sami dan masyarakat Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat. Nik Aziz mengaku secara terbuka bahawa tongkat yang sering dibawanya adalah penuh dengan doa sami sami Buddha.
Nik Aziz berkata “saya tanya orang pandai dia kata ini doa daripada sami sami supaya tok guru sihat” di hadapan sami sami Siam (baca selanjutnya artikel ini).
Selepas melihat video tersebut, Tok Guru Abdullah Saamah menyatakan ” Pandangan saya nya tongkat itu dia (Nik Aziz) kata dari Yang Mulia, jadi Tok Cha tu Yang Mulia. Perkataan Yang Mulia tu, sangat sangat keliru jugak. Boleh dikatakan tidak baik sekali bagi ulama kita”.
Kemudian Tok Guru Abdullah Saamah menambah lagi “Memang doa doa rasmi bagi dia (Tok Cha) itu adalah doa doa yang syirik. Jadi hok kito kata Yang Mulia lagi, kata tongkat keramat lagi, semua itu adalah sudah menyeleweng. Ini adalah celaru dan menyeleweng dari akidah Islam”.
Tok Guru Abdullah Saamah juga melahirkan kekecewaan terhadap Nik Aziz kerana banyak berceramah mengelirukan orang lain. Lihat dan dengar video penuh ulasan Tok Guru Abdullah Saamah (lihat di pautan ini)
Post a Comment