Home » » N01 Pengkalan Kubor : Tongkat Nik Aziz Di Jampi Khas Oleh Sami Rumah Berhala

N01 Pengkalan Kubor : Tongkat Nik Aziz Di Jampi Khas Oleh Sami Rumah Berhala

Written By Unknown on 15/09/2014 | 1:39 pm




Pada 12 September 2014, Nik Aziz telah buat satu pendedahan kontroversi bersama sami-sami dan masyarakat Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat. Nik Aziz mengaku secara terbuka bahawa tongkat yang sering dibawanya adalah penuh dengan doa sami sami Buddha.

Nik Aziz berkata “saya tanya orang pandai dia kata ini doa daripada sami sami supaya tok guru sihat” di hadapan sami sami Siam (baca selanjutnya artikel ini). Ramai pembaca yang memberikan respon berdasarkan akal dan emosi mereka bila membaca berita tersebut.

Ada yang tidak boleh menerima kenyataan. Namun itulah cerita sebenar yang betul betul berlaku di Wat Siam pada hari kejadian. Nik Aziz mungkin tidak menyangka perkataan yang dituturkannya itu akan sampai ke pengetahuan orang Islam di negara ini.

Wartawan TV14 telah sempat menemubual Ustaz Mohd Zain Khan, seorang ustaz dari Minda Pondok untuk mengulas tentang pendedahan Nik Aziz yang mengakui tongkat yang digunanya sekarang adalah hasil pemberian dan doa sami sami Siam.

“Yang selalu berpegang kepada sifat 20 yang wajib dan sifat 20 yang mustahil. Jadi kalau kita berpegang kepada perkara yang sedemikian rupa, ulama ulama selalu memperkatakan kepada kita… sesuatu doa itu mestilah dimulakan dengan alhamdulillah dan disudahi dengan alhamdulillah barulah doa itu dimakbulkan” Ustaz Zain mengulas.



Mereka yang berdoa itu mestilah mengucap dua kalimah syahadah. Ustaz Zain menyatakan bahawa sami sami Buddha tersebut tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah, membuktikan bahawa sami sami Buddha itu tidak beriman pada Allah dan Rasul.

Nik Aziz menyebut bahawa “tongkat ini adalah doa daripada sami sami supaya Tok Guru sihat”. Ustaz menyambung lagi “Maka kita sebagai orang Islam, kita mengatakan kayu itu boleh memberi pada sesuatu bermakna kita sudah termasuk dalam golongan syirik dengan Allah”.

“Jadi akah kita seorang Islam hendak melakukan syirik kepada Allah oleh kerana sebatang kayu? Sebatang kayu, sebatang tongkat yang dihadiahkan oleh sami. Ini tidak betul” soal Ustaz Zain.

Sebagai seorang yang digelar sebagai Tok Guru, Nik Aziz tidak sepatutnya bercakap begitu. “Tetapi bila berkata tongkat itu memberi kesan sesuatu, makna itu sudah masuk dalam golongan yang syirik kepada Allah SWT” ulas Ustaz Zain.

Ikuti penjelasan penuh Ustaz Zain tentang tongkat Nik Aziz yang dipenuhi dengan doa sami sami Siam di pautan berikut .
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger