Home » » N01 Pengkalan Kubor ; Portal Pro Pembangkang Boikot

N01 Pengkalan Kubor ; Portal Pro Pembangkang Boikot

Written By Unknown on 25/09/2014 | 11:33 am

999633_1551584141726830_4532320677570359805_n

Agak pelik untuk PRK Pengkalan Kubor. Bukan sahaja PKR dan DAP 'memboikot' kempen dalam PRK kali ini, malah portal pro pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini pun tidak memberikan laporan secara eksklusif perkembangan proses pengundian.

Sebaliknya, portal seperti KLXPress lebih terkehadapan memberi laporan kedudukan terkini di PRK tersebut. Berikut adalah laporan dari KLXPress:


10.50am – PDM Kampung Teluk Jering mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu68.22% dan PDM Kedai Geting mencatatkan peratusan terendah iaitu 23.29%.


10.35am - TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi bagi setiap PDM ialah Simpangan 616 @ 40.03%, Tujoh 1,026 @ 36.16%, Pengkalan Kubor 574 @ 23.88%, Kampung Ketil 1,004 @ 31.39%, Kampung Tebing 605 @ 39.83%, Kampung Genting 1,295 @38.60%, Telaga Bata 719 @ 42.05%, Bunohan 410 @28.63%, Jubakar Darat 458 @46.26%, Kampung Bendang Pak Yong 1,195 @ 43.05%, Kampung Telok Jering 438 @68.22% dan Kedai Genting 355 @ 23.29%.

10.30am - TIDAK RASMI. Jumlah Keluar Mengundi ialah 8,572 @ 35.82%.

10.10am – Pengundi paling tua, Eh Puang a/l Chau Chan, 105 antara yang menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Neting.




9.45am -Perayu undi berkumpul berhampiran Sekolah Menengah Geting dekat Pengkalan Kubor. Suasana dilaporkan terkawal walaupun kedudukan antara dua penyokong parti berdekatan.





9.32am – Kehadiran YB Datuk Seri Mustapha Mohamad di PDM Bunohan untuk meninjau suasana hari pengundian. Untuk rekod PDM ini merupakan PDM putih 
yang dimenangi BN pada PRU ke-13.

9.30am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi ialah 4,433 atau 18.88%.

9.15am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di PDM Kampung Ketil 505 @ 15.79%, PDM Kedai Genting 187 @12.27%, Kg Telok Jering 159 @ 24.77%, PDM Kg Bendang Pak Yong 422 @ 15.20%, PDM Jubakar Darat 283 @ 28.59%, PDM Bunohan 384 @ 26.82%, PDM Telaga Bata 313 @ 19.30%, PDM Simpangan 244 @ 15.85%, PDM Kg Geting 629 @18.75% dan PDM Kg Tebing 370 @ 24.36%.

9.10am – PDM Kg Geting jumlah keluar mengundi 629 @ 18.75%. Sehingga kini tidak rasmi peratusan jumlah keluar mengundi ialah 9.89%.

9.05am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di PDM Kg Tebing sehingga jam 9.00am ialah350 @ 23.04%. PDM Tujoh 448 @ 17.79%. PDM Ketil 505 @ 17.79% dan PDM Pengkalan Kubor340 @ 14.12%.

9.00am – Calon PAS,Wan Rosdi Wan Ibrahim menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong, PDM Kg Bendang Pak Yong.



8.50am – Calon BN, Tn Haji Mat Razi Mat Ail diiringi penyokong Barisan Nasional mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan.


8.45am – Seorang pengundi OKU di Lokaliti Telaga Bata Barat, PDM Telaga Bata selesai membuang undi.
Suasana di PDM tersebut terkawal dan kedua-dua penyokong parti giat merayu undi.



8.34am – Calon PAS Wan Rosdi melawat Pusat Pengundian Teluk Jering dengan di sambut sorokan penyokong yang berkumpul sejak jam 7.30 pagi.


8.00am – Sebelas Pusat Mengundi telah di buka dan cuaca dilaporkan cerah. Namun SPR menyeru para pengundi datang awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.



Jadi kepada pembaca yang mahukan laporan terkini PRK Pengkalan Kubor, boleh lawati :
http://klxpress.com.my/?p=18405

*Teruk PAS kena boikot kali ni ek.







mymassa
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger