Mengundi pada hari bekerja iaitu pada Khamis, Ahmad berkata sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat yang sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kepada kesukaran yang bakal dilalui kakitangan awam dan swasta.
"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, maka pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.
"Saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat mengisytiharkan bahawa tarikh 25 September 2014 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Kelantan Darulnaim," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, ADUN Pasir Pekan berharap proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi.
Pilihan raya kecil pada 25 Septemberi ini menyaksikan pertemuan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Post a Comment