Home » , » N01 Pengkalan Kubor : Calon Pas Ada Kilang Kayu Haram?

N01 Pengkalan Kubor : Calon Pas Ada Kilang Kayu Haram?

Written By Unknown on 16/09/2014 | 1:34 am




Semalam, sudah dibuat satu pendedahan mengenai rumah calon PAS yang dalam keadaan semak dan dalam belukar di Kampung Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubor. (baca sini).

Bila ditanya penduduk setempat di Kampung Bendang Pak Yong, mereka sendiri tidak mengenali dengan dekat Wan Rosdi, calon PAS. Malah keluarga calon PAS juga difahamkan bukan tinggal di rumah tersebut pun. Mereka tinggal di mana sebenarnya?

Kira kira 2 kilometer dari rumah Wan Rosdi terdapat satu kilang kayu “misteri”. Tiada nama kilang tetapi beroperasi dengan rancak sekali. Biarpun musim pilihanraya berlangsung tetapi operasi kilang masih berjalan.

Difahamkan calon PAS adalah seorang kontraktor kayu atau dalam bahasa lain adalah seorang taukeh balak. Adakah ini kilang kayu milik calon Wan Rosdi, calon PAS di Pengkalan Kubor?

Wan Rosdi juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi Kayuan Negeri Kelantan seperti yang tertulis dalam profil beliau. Wan Rosdi dikatakan dilantik ke jawatan tersebut ketika Husam Musa menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan. (baca pendedahan lanjut di sini)
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger