Gambar ini menceritakan segalanya. Wajah Husam Musa memang kelihatan begitu kusut, stress dan risau sewaktu hari penamaan calon di Pengkalan Kubor. Barangkali takut pisang berbuah dua kali.
Kali pertama, calon pilihan Husam di Kuala Besut yang merupakan seorang kontraktor tewas kepada calon BN. Sewaktu itu beliau menjadi Pengarah Induk Pilihanraya Kuala Besut, Dr Hatta Ramli sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya.
Kali ini Husam lebih cerdik, beliau tidak menonjolkan diri di hadapan. Membiarkan Dr Hatta Ramli menjadi Pengarah Induk Pilihanraya di Pengkalan Kubor. Namun calon yang dipilih masih lagi di bawah pengaruh dan telunjuk Husam.
Biarpun berada di belakang tabir, namun segala perancangan strategik masih lagi dibuat oleh Husam Musa. Kerja kerja gerak saraf dan bahagian media masih lagi dibuat oleh pasukan khas yang ditempat di sebuah resort di Pengkalan Kubor.
Menurut sumber, calon PAS di Pengkalan Kubor ini pernah mendapat habuan semasa Husam menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Sudah pasti jika calon ini menang dalam PRK, ianya adalah pembuka jalan untuk Husam meniti semula tangga dalam politik PAS di Kelantan.
Tv14
Post a Comment