Home » , » N01 Pengkalan Kubor : Foto Anggota Polis Sokong Calon Pas Terang-Terangan?

N01 Pengkalan Kubor : Foto Anggota Polis Sokong Calon Pas Terang-Terangan?

Written By Unknown on 18/09/2014 | 2:21 pm






NGO R yang ditunjangi oleh penggerak PASMA/Anwarinas ini telah dikesan menceroboh premis-premis Kerajaan dengan tujuan untuk berkempen bagi pihak PAS. Perbuatan jenayah ini telah didedahkan sendiri oleh mereka dalam satu posting di laman Facebook semalam. Walau bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, posting tersebut telah dipadamkan dari timeline mereka sendiri tanpa diketahui punca-punca sebenar.

Namun, tindakan jenayah ini berjaya kami kesan dan rekodkan untuk tindakan pihak yang berkuasa.





Kami tuntut agar pihak berkuasa seperti PDRM dan SPR tidak menutup sebelah mata akan perkara ini kerana, bukan satu, bahkan DUA kesalahan telah dilakukan secara sengaja oleh NGO pro PAS ini iaitu, menceroboh premis awam bagi tujuan kempen politik dan menjalankan kempen politik secara HARAM! Kami tidak mahu perkara seumpama ini menjadi ikutan dan amalan pihak-pihak lain pula selepas ini. 

Jika ianya dibiarkan terus berlaku tanpa apa-apa tindakan tegas, dikhuatiri suatu hari nanti sesiapa sahaja bebas keluar masuk ke premis awam, termasuklah kumpulan pengganas untuk mengembangkan ideologi mereka, malah mungkin untuk melakukan huru-hara dalam negara! Demi untuk kempen pilihanraya yang sihat dan selamat, kami amat berharap SPR agar tidak gentar untuk mengambil tindakan tegas terhadap puak-puak yang yang tidak pandai mengikut peraturan ini!


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger