Home » , » Muktamar Pas Kecoh, Foto Pengerusi Tetap Muktamar PAS Dikejarkan Ke Hospital

Muktamar Pas Kecoh, Foto Pengerusi Tetap Muktamar PAS Dikejarkan Ke Hospital

Written By Unknown on 17/09/2014 | 2:56 pm




Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Kamal Ashaari terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami sesak nafas selepas dewan persidangan Muktamar Pemuda kecoh hampir 15 minit apabila terdapat beberapa perwakilan bertindak mempersoalkan kesahihan laporan minit mesyuarat tahun lalu.

Media dimaklumkan perkara berkenaan ketika sesi perbahasan Muktamar Tahunan Pemuda PAS kembali rancak selepas berhenti rehat kira-kira 10 minit.

Terdahulu, perwakilan Shah Alam mempersoalkan kesahihan laporan itu selepas mendapati lima kawasan yang tidak bermesyuarat dikesan menghadiri Muktamar Tahunan Pemuda PAS tahun lalu.

Beliau juga dengan lantang menganggap pemilihan sayap parti itu sebelum ini tidak sah dan harus dijalankan semula.

Perwakilan Sabak Bernam, Mohd Labib Abdul Jalil yang menyokong perkara itu meminta perwakilan bersetuju bahawa pemilihan sayap parti pada tahun lalu tidak sah.

“Setuju tidak jika kita mengatakan bahawa pemilihan tahu lalu tidak sah? Minit mesyuarat ini juga tidak boleh disahkan dan perlu dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Macam mana kawasan yang tidak bermesyuarat boleh menyertai Muktamar, jadi minit mesyuarat ini tidak boleh disahkan,” katanya sambil disahut seluruh perwakilan Muktamar Pemuda PAS.

Bagaimanapun, Pengerusi Tetap bertindak menangguhkan sesi perbahasan selama 10 minit bagi meredakan ketegangan dan pertikaian yang dicetuskan oleh beberapa perwakilan di samping mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Selepas perbahasan dimulakan, Kamal meminta perwakilan supaya memberi mandat kepadanya untuk mengemukakan persoalan yang timbul kepada pucuk pimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama untuk menentukan keputusan.

“Jika keputusan siasatan selepas ini mendapati pemilihan semula perlu diadakan, sayap parti itu perlu akur dengan perkara itu,” katanya.

Namun, dewan perbahasan sekali lagi kecoh apabila perwakilan dari Terengganu meluru ke pentas utama dan membantah keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Tetap.

Tindakan perwakilan itu menyebabkan beberapa anggota Unit Amal PAS terpaksa membawanya keluar dari dewan muktamar.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger