Pasukan pencarian MH370 setakat ini menemui 58 objek 'pejal' yang tidak konsisten dengan permukaan dasar Lautan Hindi.
Mengesahkan perkembangan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) kini sedang mengumpul semua objek berkenaan untuk dianalisis.
"Kita kena sahkan samada objek pejal ini batu atau bangkai pesawat (MH370) sebelum membuat apa-apa rumusan," katanya selepas merasmikan Konvensyen MCA Selangor, di sini, hari ini - BH online
Post a Comment