Aktivis mahasiswa pro pembangkang Muhd Safwan Anang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL berhubung kesalahan menghasut pada PRU13 di bawah Akta Hasutan 1948.
Peguambela memohon supaya hukuman ringan dikenakan dan membantah keras hukuman penjara atas alasan OKT masih muda dan mempunyai 1 isteri serta 1 anak berusia 8bulan.
Namun hujah itu dibalas oleh pendakwaraya dengan mengatakan gejala menghasut semakin berleluasa dan perlu ditangani dengan serius.
Mahkamah Tinggi KL memutuskan penjara 10 bulan kepada aktivis mahasiswa pro pembangkang Muhd Safwan Anang berhubung kes menghasut keputusan PRU13 lalu dibawah Akta Hasutan 1948.
Namun hukuman ditangguhkan untuk proses rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan dan dalam masa sama OKT dikenakan kenaikan wang ikat jamin daripada RM5000 kepada RM15000.
+ comments + 3 comments
Berani buat berani tanggunglah.
Menghasut adalah kerja iblis. Iblis tidak suka akan akta hasutan ini kerana ia menzalimi anak buahnya.
Post a Comment