Home » » Kuantan Terkini : Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 6

Kuantan Terkini : Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 6

Written By Unknown on 03/09/2014 | 11:54 pm


KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Kem Batu 10 dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah oleh bapanya yang keluar mengambil adik-beradik lain di sekolah.

Beliau berkata, ibu mangsa, yang berusia 30-an, pula keluar bekerja.

"Beberapa saksi ada ternampak kanak-kanak itu cuba memanjat balkoni sebelum terjatuh,” katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 malam.

"Identiti mangsa masih dalam siasatan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. - KOSMO!



kosmo

foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger