Home » » KL : Pegawai Polis Rogol Suspek

KL : Pegawai Polis Rogol Suspek

Written By Azmy Klanajaya on 19/09/2014 | 8:31 am

Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek. 

Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap. 

Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur.

“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian. 

Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger