Home » » Khutbah Jumaat Songsang : Khatib Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Khutbah Jumaat Songsang : Khatib Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Written By Unknown on 07/09/2014 | 12:01 am


Semalam Aakj tulis di SINI

GEORGETOWN – Polis akan memanggil seorang khatib yang didakwa menyampaikan khutbah Jumaat dengan mengkritik tindakan polis serta kerajaan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenainya daripada seorang lelaki petang semalam.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan polis akan memanggilnya untuk diambil keterangan.

“Saya mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan mengikut Sekyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang ahli Pas kawasan Tanjung, Ariff Ibrahim membuat laporan polis berhubung tindakan seorang khatib yang menyampaikan khutbah berbaur hasutan di sebuah masjid di Jalan Terengganu, petang semalam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger