PUTRAJAYA 5 Sept. – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan polis menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock, lima tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan ahli keluarga Beng Hock secara sebulat suara.
Mereka mengarahkan demikian selepas berpuas hati kematiannya bukan akibat bunuh diri.
Hakim Hamid Sultan ketika membacakan penghakimannya sebentar tadi menyatakan, kematian Beng Hock yang berpunca daripada kecederaan berganda adalah akibat tindakan pihak tertentu yang melanggar undang-undang.
Hakim Weng Kwai ketika membacakan penghakimannya antara lain menyatakan, kematian mendiang bukan disebabkan bunuh diri dan dia menemui ajal ketika berada di bawah jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau menyatakan, mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkannya.
Mykmu.net
Post a Comment