Menurut Kapanlagi.com, ia kerana pengelola tersebut dianggap kurang sabar apabila menjalankan bisnes tersebut sebelum mendapat keizinan daripada penyanyi tersebut.
Syarini berkata, ketika itu dia sedang menjalankan ibadah umrah. "Ketika pembukaan pusat karaoke itu, Syahrini sedang menunaikan umrah dan mereka tidak sabar untuk menjalankan operasi sebelum mendapat keizinan penyanyi itu," kata peguam penyanyi itu, Hotman.
Terdahulu, laporan media Indonesia memberitahu pusat karaoke tersebut menjalankan kegiatan menjual minuman keras tanpa izin. Selain itu pusat karaoke tersebut juga dikatakan menjalankan kegiatan pelacuran.
Pihak Syahrini turut mengemukakan bukti bahawa perjanjian antara dia dan pengelola bisnes tersebut masih belum dilakukan sepenuhnya. Malah dia menganggap perkara tersebut menjejaskan nama baiknya dalam dunia seni hiburan.
www.utaranews.com
Post a Comment