Home » » Juruterbang Pesawat Garuda Mati Sebelum Mendarat

Juruterbang Pesawat Garuda Mati Sebelum Mendarat

Written By Unknown on 01/09/2014 | 1:20 am


Hasil pemeriksaaan terhadap jenazah, doctor mengesahkan juruterbang terbabit mengalami serangan jantung

Seorang juruterbang pesawat penerbangan Indonesia, Garuda dilaporkan meninggal dunia ketika pesawat yang diterbangkannya sedang membuat pendaratan hari ini. Mujur pembantunya berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat.

Menurut laporan Tempo ketika kejadian pukul 14.45 petang waktu Indonesia itu, pesawat terbabit sedang membawa 70 orang penumpang dan dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Lombok menuju ke Bima di Nusa Tenggara Barat.

Dianggarkan sekitar 15 minit sebelum pesawat terbabit dijadualkan mendarat, pembantu juruterbang bernama Stenly memaklumkan juruterbang, Kapten Ramdanto telah mengalami sesak nafas. Stenly kemudiaannya memohon kebenaran dari lapangan terbang untuk mendaratkan pesawat bersendirian.

Menurut Penyelia Wilayah Garuda, Idham, 15 minit selepas pesawat berjaya membuat pendaratan, Ramdanto ditemui telah meninggal dunia di dalam pesawat dan jenazahnya telah dikejarkan ke hospital.

“Berdasarkan keterangan anak kapal pesawat, sebelum berlepas juruterbang terbabit telah mengadu tidak sihat,” kata Idham kepada Tempo.

Hasil pemeriksaan terhadap jenazah, doktor mengesahkan juruterbang terbabit mengalami serangan jantung.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.


B&Wnewswire
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger