Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.
Pemeriksaan lanjut Mynewshub.my mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.
Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.
Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.
Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010.
Post a Comment